Best Blogger Tips

Wednesday, April 4, 2012

Ireng

Ireng.

Sebut seperti teRENGganu punyer 'RENG' bukan seperti kurenggg punyer 'rengggg'.

fufu.

'Ireng' kata ayah aku dalam bahasa jawa bermaksud hitam. So bila anak Comot yang seekor ni bulunyer hitam melegam, ayah aku pun panggil la dia 'Ireng'. Best jugak. So Ireng it is.

Sape Ireng nih, aku? bukannnnnnn~~. Nama anak Comot yang baru lahir masa aku balik Malaysia aritu. hehe.

ni dia, gelap kan,sangat la manja, baru 1 bulan time nih
 kaki aku pun dia suka 'explore' agaknyer

Ireng ni mula2 penakut. Tak boleh nak rapat, dekat je mula la dia lintang pukang lari celah2 kabinet. Pastu hisss kat ktrg. haha.

Tapi x sampai beberapa hari, dia dah mula biasa agaknyer. Rupanyer jenis lasak jugak. Bukak je pintu terkedek2 lari ikut kaki orang, nak explore dalam rumah la katakan. Selalu dok belakang tu ha. Haha adoi, teringat tgk cara dia lari yang lucu dan sannggaaatttt la comel tu. Geram.

Ireng ni ada adik-beradik,  nih...
haa, Albab aku panggil dia, sebab selalu dok kat pintu haha. sape suruh.
Ireng nampak cam adik. Nampak lebih muda. Bagi aku. Lagipun Albab start nak makan makanan anak kcing tu dlu. Ireng tak mau. Nak susu jugak.Tak dapat lak tgk Comot beranak, tgh malam ttiba meraung, tapi las2 beranak tempat lain. Beberapa hari lepas tu baru bawak anak2 dia ke rumah semula.

Ireng ni nakal lagi dari Albab. Ada sekali baru mak menyuarakan kerisauan dorg berak dalam rumah, Ireng berak atas alas kaki kat depan peti sejuk, ktrg tgh minum petang. heyyyyy~~~

Mane tak bising mak kan haha. Kat situ jugak ayah jentik telinga dia depan 'hasil' dia. Lepas kene jentik dia duduk je senyap2. Luluh pulak hati aku tgk , bwk dia keluar usap2 kepala. Pujuk la katakan~ haha.

Albab ni pulak bising. Asyik mengiau je. X tau ape dia cari. Pastu dia suka dok kat pintu tuh. Bape kali dah bukak2 terlanggar, dah la badan kecik lagi. Risau dibuatnyer.

Tapi Albab ngan Ireng ni dua2 adorable. Rasanyer yg paling adorable kot setakat nih.Hehe.
Ye la mak dia, si Comot tuh (bulu sama ngan Albab) pun manja. mane tak anaknyer kann~mak borek anak rintik~ eh...



kenapa aku tibe2 buat post nih??hmm, sebab rindu famili n dorg. teringin nak tgk dorg membesar. harap dorg sentiasa sihat dan bahagia. kalau ad rezeki jumpa lg Ireng, Albab~



Tuesday, March 13, 2012

The Four

Pernah tengok "Sorcerer's Apprentice"? and alike? Imagine that kind of character in a movie that take the shape like "Cloverfield" or "Paranormal Activity"? Yeah, add that, we'll get "Chronicle". Filem baru yang masih diputarkan lagi di pawagan sekarang.

Haa..macam aku dah tengok je kan. Tapi berdasarkan trailer and beberapa review yang aku baca, filem ni "not like a typical superhero movie" . Menceritakan tentang 3 orang teenager, boys, yang memperoleh superpowers~! a' a, tck tck, not boboiboy... selepas menjumpai sesuatu yg obviously dirahsiakan dalam trailer nih. No. Dorg tak jadi the heroes because of that. Tak muncul satu watak antagonis memburu mereka ke...no..awal2 lagi dorg guna kuasa dorg tu utk buat prankssss. like lots of pranks sampai bila salah sorg dari mereka tetiba tenggelam in the darker side of himself...the conflict starts...well, "Boys will be boys", like the poster says..

See, from the sound of this, we can guess how it might be soo not the typical superheroes movies like, say, "I am number Four" =P. I like that movie though hehe, and mungkin ada org tak berapa tgk genre spt "Cloverfield" nih kan.It depends.

NEXT. kita beralih ke satu produksi tempatan yang mungkin ramai dah dengar khabar beritanyer. BUNOHAN. Cerita ttg satu keluarga yang punya kisah hitam di sebuah kampung dipanggil Bunohan. Banyak review yang bagus2 ak pernah baca. Plus katanyer ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa , and Universal Studios pun katanyer beli hak nak edarkan filem ni di UK,Jerman etc.

Tgk trailer dia. agak 'hitam' lol. Bunyi kerat2 dicampur darah terpancut2 is sooo not my type of movie.Tp terasa nak tgk, at least tidak terlalu seperti Piranha mungkin? I had a nightmare that time, awake! o.0


Now for some movies i can layback and enjoy my popcorn without flashing my eyes with my hands.
Dr Seuss's The Lorax and another Malaysian prodcution's animation movie, SeeFood.

Remember Horton hears a who! , How the Grinch Stole the Christmas  and The Cat in the Hat ? This is the fourth movie adaption of Dr Seuss's work.



























Aku still tak tgk cat in the hat sepenuhnyer. tgk skit2 kat tv. tp yg lain ak tgk and I looikee. Looking at how this fourth movie hit the box office, im definitely not going to miss this, by hook or by crook! XD

SeeFood. as for..Seeing Food.

Dah lama jugak dengar pasal filem nih. Dan selepas apa yg terjadi ngan 'Alamaya' yang sampai sekarang tak dengar progress memberansangkan aku ingat mungkin aku tak patut put my expectation too high. But then again, it is the right thing to do when it really came out now!

Ad poster dlm bhs korea! Nape ntah. Ad award kot.
Yang coklat tu 'yu bodo' ke kita panggil ? ke yu bodo lain skit...hmmm


Mungkin aku excited sbb dia produksi tempatan, nak tgk sejauh mane agaknyer kehebatan mereka buat filem 3d. Nmpk gaya cam boleh tahan. Tp sebab minat yg mendalam kat filem2 kartun nih. No prob gi tgk kat wayang....




Just that, wayang terdekat pun like 3 jam dari umah aku. Samaada Kuantan or KL. And aku masih blom dpat mandat leh bawak kereta jauh2, nak lagi masuk KL. Plus ad satu kereta je kat umah ni yg dibenarkan bwk jauh2, yg lain agak tenat. tak pasal2 kang.

Star Mall Mentakab punyer GSCLite baru nk bukak 15 Mac nih. Hmm. Nak buat camne.

Keempat2 filem yg ak secara tidak langsung promot kat atas nih! SEMUA aku tak tgk lagik tp im dying to watch them >.< , literally of course.

Might sneak some time to actually go watch at least one before my flight =P

Tp yg ada masa tuh, gi lah tgk, kasi ak jealous~ngahah

Yang aku berkesempatan tgk hanya Journey2 in 3D IMAX kat sunway pyramid. IMAX was superb. First time aku rasa SANGAT selesa tgk 3D movie, worst time tgk kat Jepun, keluar je pening cam ape ntah. Maybe 3D ni ikut org jgak kot....

The film itself...hmm. setting ada gajah yg comel!! dia cantik...yeah. Pelakon dia pun bukan calang2 org. ROCK! pastu bdak yg aku rasa berlakon dalam Honey I shrunk the kids. How I miss that movie...
 Selain pada tu...aku rasa sgt bese. Tp klau dpt dok ngan adik2 time malam sabtu ke ahad kat umah cam dlu2 kan...movie2 camni lah yg best! nak tgk sama2 ngaha.

p/s: seperti takkan habis my things-to-do-before-goind-back-to-japan list...yg dah tick pn still nak buat lg, half-tick lol...ok,Selamat malam sayangs.

Sunday, March 11, 2012

So, Im still here...

Staring at the clock...
Looking at the calendar...
Gaze into the..ceiling?...

Wow. Its already 11th Mac. Genap satu tahun bencana alam berganda di Jepun. Kuasa Allah.

Aku syukur Allah mengerakkan hati aku nak pulang ke Malaysia. Kalau ikutkan plan dulu, konon-kononnya nak duduk Jepeun 2 tahun, tak balik. Mak pun kata takpe, stay la sana 2 tahun. Banyak benda boleh buat sementara ada sana.Tapi, kita merancang Allah menentukan. Akhirnya selepas setahun, aku balik jugak. Dan aku gembira serta bersyukur dengan ketentuan Allah ni, Alhamdulillah.

Balik ke rumah ni, mmg macam2 benda la nak balas dendam. Makanan terutamanya. Semua nak rasa sementara ada kat sini. Normal mungkin. Tapi nak sumbat kesemuanya dalam perut tak bagus untuk kesihatan dan jugak untuk iman. Nafsu. Nafsu. Kene kawal.

Tapi, takde lah nak hidup makan tidur je kan. Walaupun just nak enjoy the moment kat sini je, still klau terperuk dalam bilik lama2 pun, bosan gak.

Hari tu, tercapai jugak impian nak gi Singapore. Snorkel tu tak pernah pulak jadi impian walaupun ada dalam to-do list. Not really on the top. But i liked what I experienced there. Well, most of it :). Selepas ak pergi sana, ak menjadi semakin khuatir, ak mungkin takut akan 'open water'. Thought I might be a little claustrophobic. Whats with the fear of open water?? or fish?? Aku mmg kurang boleh skit dgn benda licin2 nih.Im just being naive I guess. Have to work on that. Aminn.

Then, voila. Singapore. I have to say it felt like Malaysia but then again, it is not Malaysia. Much cleaner, felt different when you look again and again. Was hot that day. Terlupa bawak charger kamera is a total turn-off. In the end , I only managed to snap a few not really countable pictures. I went back with the battery left for another 2 bar. Thats a lot I can snap. Sigh. (I might elaborate more about this trip on some later post maybe)

Tapi, ada kamera orang lain. So no sweat. hehe.

Itu je la, 'pengembaraan' kali ni. Dengan 4 makhluk kuning  Izzat, Musu, Tapau, and Ikhwan.

Kene spend more time at home with family so we went back after a week.

tup tap tup tap....here I am, another week to spend, then I have to go back...

ask me now....and speaking honestly...tak nak balik Jepun...look back at this past one year. Cant even bear looking at it. The mess, the pain or whatsoever. Bukan Jepun atau kehidupan kat sana yang menjadi masalah besar, tapi diri sendiri. How I handle things..how I handle myself...what have I done, what have I not done?...bruises and scratches all over...rasa lenguh2 satu badan skang....tak sanggup nak hadapi lagi setahun. rasa lemah ketar2 memikirkan, can I hold myself together?...(dont start asking me about exam results o.0)

Nonetheless, it matters. to me, and to me alone. this one year. I need it. For myself. I know that. Thats why despite all the heavy feeling, the fear of having to face everything again, I have to throw myself back again into the sea of fire. raging fire. metaphore...no 'hiperbola' for that matter. Thats why I hope, in less than a week, by 17 Mac I have to figure out how I need to prepare myself for this coming year. I have to muster any strength or energy however whereever the halal way I could find them...sebagai bekalan.

That thought, and hey, look at the time now. Im still here, thats a relief...for now.

I could start with less talking and explaining things perhaps , shouldnt I?

[toleh kanan]...oh, assignment...



P/S: still working on this new template look, and am just having fun with the words for now..so bear with me k =P

Monday, December 5, 2011

The Forgotten Promised Posts : Revealed

DISCLAIMER: Panjang dan cerita yang agak dah 'basi', tapi pengalaman nyer still fresh kot insyaAllah. Sambungan Tokyo Tabi, ak highlight kan warna biru bold utk point2 penting (lollll) .Gambar kebnykan hiasan, so gmbr dri lensa kami2 ada link di bwh sekali yer.

Salam.

Seperti lauk yang dah sejuk baru nak kasi orang makan~ ( tak tau nak bagi perumpaan camne dah, tapi nak bagi jugak, ni la kedapatannya ~lol )

So, ingat tak "Tokyo Tabi : Tokyo, the " ?Ring any bell? Haa, kan berhenti sampai pusing2 tokyo kan, lepas tu bermacam2 benda berlaku aku kata nak cerita tak cerita2 lagi kan....bila dah malas tu , ya Allah sabau je la...haha

Anyway, nak  cerita dari titik A gerak ke titik B pusing titik C golek sampai titik D tu cam dah agak 'basi' .So, apa yang ak nak cerita pengalaman2 yang 'berharga' (berharga pada aku yang pasti, pada anda siapa tahu =))

So....ya rabbi, ak sendiri nak cerita pun dah lupa haha, maa, pokoknyer, lepas pusing 2 kat tokyo, kami gerak ke Hokkaido...HOKKAIDO ok~,walaupun tabi kitorang (ak, izzat, musu) tak kesampaian ke titik paling utaro Jepung, tapi boleh la merasa dok Sapporo dua malam kan~



Takao -> Aomori -> Hakodate -> Shikabe -> Sapporo...


Selepas beberapa hari malam dok mencangok depan laptop cari tempat tinggal, tempat utk dilawati, nak naik densha macama mane, nak budget duit and budget masa sumer (fuh, nak plan pn dah penat, dah la takde sumber rujukan~plan utk 7 hari kot huhu), kami pun bertolak ke (destinasi Sapporo), tapi oleh sebab perjalanan yg sgt panjang dengan naik train biasa je, terpaksa bermalam di Aomori. Lalu lah, Iwate, Sendai sumer tuh, tempat ktrg lalu takde kesan tsunami, tapi nampak ada org buat 'rumah segera sementara'--nampak gayanyer camtu--. Sebab nak dok hotel tiap2 malam mahal, nak cari yg dorg byr dlm 2000sen gurai bkn senang tau~ dh la 3 org. So aku pun decide dok kat manga cafe...ingatkan sempit segala kan, tapi manga cafe yg ktrg g kat Aomori ni best gilerr~~ dah la ada bilik utk family,4.5 jou ke ( satu tatami = satu jou ), ada tv, leh mandi, nomihoudai!,ada selimut, ada meja, manga(komik) yg bnyk~ komputer~ (silap manga dlm japanese je, klau tak mmg tak tidok la kat situ~), dan bayaran dlm 1800yen sorg. So, budget ok la. Pengalaman dok kat manga cafe best kot. Malam pertama di manga cafe, lepas tu satu malam di sapporo pun manga cafe, on way back, malam lg sekali kat Aomori di cafe yg sama. huhu.

Sotong sumbat Hakodate, Ketam bulu Sapporo


Dah jejak kaki ke pulau besar di utaro Japang yang dipanggil Hokkai tp selalunyer disebut Hokkaido. Nak mudah kita rujuk peta di atas yer .Pengalaman naik keretapi bawah tanah bawah laut! ( teringat Musu time balik ingt ada bandar dlm terowong tu , rupanyer sbb keluar dah gelap~lol ). Dan makin ke utara makin sedikit keretapinyer, makin kurang kekerapannya dan makin kontot, tapi aku tgk servis nyer still much better than ktm, leh tepati masa sumer kot~(sori ktm, truth hurts, but its true right?so do better please!). One-man car, ciri2 dia pintu bkn auto, ko tekan nak kuar, tekan nak masuk. Kira ada driver je la nak urus satu or dua gerabak keretapi tu at most places (sbb org tak ramai kan).

Hakodate, cantik bandar nih, naik tram for the first time~ and dpt tgk view hakodate pada waktu malam yg cantik~tp org ramai, hish kurang suke, tp shou ga nakatta. Kat hakodate jugak mr.Google kata famous for its ikameshi (cam sotong sumbat)..maybe sbb kedai ktrg gi tu mmg tak sedap, ikameshi dia x sedap~ lol. ktrg terlepas chance makan burger ikan paus kat kedai yg ktrg makan aiskrim je (sbb tau lmbt o.0 ) and tak tau kedai sebelah tmpt ktrg makan famous ngan meguro(Bonin white-eye) dia..berpuyu2 org datang kot!

Malam tu, ktrg gerak ke Shikabe, agak terpencil sini, nak tido kat hotel, dpt murah sbb kene tulis anketo, 2000yen gurai, bilik besar giler~ mmg luas best. pastu hotel dekat pantai...sbb sampai mlm n esok nk gerak pagi, tak berkesempatan nak tgk2 keliling kecuali Musu yg tak tido huhu.

The next day , iyoiyo, Sapporo! perjalanan agak jauh, tp akhirnya smpai. Cantik bandar dia. Style western susunan banguanan n jalan dia, bergrid. Nak makan ramen takleh la pulak kan, so kanitebehoudai~!! Agak mahal tp berbaloi kot utk ketam yg fresh. Ktrg amik set kegani+zuwai ashi (ada sushi, ada cawanmushi etc ) so tabehoudai la kau~ zuwai ashi dia, seriously! sedap!! manis~....tapi kegani (ketam bulu?) ...sori tak lalu la nak makan, berbulu, kene urut2 klau ikut manual makan kat situ lol, and rasa dia pun cam x sedap je...so tak habis, potong kecik2 makan skit2 buang~ haha (pembaziran astaghfirullah al-azim), pembaca sekalian cuba la dulu yer, mana tau kot berkenan ngan rasa dia, sbb klau ikutkan famous kat hokkaido huhu.
毛蟹(kegani = ketam bulu)
ズワイ足(zuwai ashi = kaki zuwai? )
Ekiben, Choo choo ekspress till Niigata

Lepas jalan2 kat sapporo (pegi Ishiya Chocolate factory and art park kat sapporo yg best~) ktrg nak kejar masa, tiket ni kene guna dalam seminggu nih, nak balik dari Sapporo ke Takao, jauh kot~. So sehabis boleh kena trun sebawah2nya (ikut peta) mendekatkan diri ke Tokyo haha. Dari Sapporo terus ke Aomori, dan dari Aomori, kami ikut laluan belah2 Akita and Niigata, barat utara Jepun, leh tgk pemandangan cantik katanyer. Alhamdulillah, mmg cantik pun , lalu tepi laut, sawah,celah2 gunung, subhanallah =).

Sblum sampai Aomori, ktrg sempat makan tgh hari Kanimeshi (Nasi ketam) kat tmpat yg agak terpencil tp kanimeshinyer agak famous. Kanimeshi ni ketamnyer dibuat seperti serunding, mmg sedap kedai ni, dan bolhe beli online yer! So klau tak berkesempatan g hokkaido beli, beli la online! serius sedap~terliur lak ingat lol.

************************************************
ada kisah yg sampai sekarang ak ingat otw naik densha ke Niigata malam2 tu....dah la gelap...ceh, tak seram pun, otw ke Niigata, dah malam, org dalam densha pun tak berapa ramai, ramai dak sekolah je...sampai satu eki mane ntah , naik la sorg pakcik jepun dlm 40 an kot umur dia (ak bkn pandai pun nk teka2 umur org jepun nih~)
time tu ak dok sorg tepi tingkap, izzat n musu kat kerusi lain, tp bukan sebelah...kerusi seblah depan ak 2 sumer kosong, pakcik tu ckp dh la kuat, pastu dok kat kerusi depan kiri aku, ak kaget...pasang earphone tp x on lagu pun , sbb cuak pakcik tu marah klau dia ckp pape ak x dgr ke (huh?)....then ttibe dia senget ke tepi, ke kerusi depan ak tepuk lutut aku....( aaa, time ni ak cuak berdebar2!),

" Dokomade iku?", dia tanya.
"Niigata desu" (ntah camne dia tau ak leh paham gak nihongo, cehwah).....
"Orewa netai kara, kou....(sambil buat gaya tidur yg annoying berdengkur depan ak)...Niigata ni tsuitara okoshitekureru?"...."Ore, ichiyou sakenomi dakara...(sambil pandang ak ngan muka serius n sore kuat~!)" (sumer org pandang2 kot, smbil sngih2)
"Hait, ii desuyo" (sakenomi?! ko mabuk ke pakcik? dh tu klau ak kata xnak nnti ko ngamuk ke pe, cuakkk , Izzattt Musuuu tolonglah dtg dok sebelah aku~temannn akkk, kowaindeskedo T-T)

Lepas ak kata ok tuh, dia tersengih, tepuk lutut ak sekali lg pastu start borak....dia kecewa ngan jepun skang lah, ekonomi dh down lah lepas ni "中国とか東南アジアがアジアを引っぱっていくからこれから。。。"
and kata dak cam ak ni balik Malaysia nnti tolonglah la kawan2 nihonjin aku nih (huh? gyaku janei?)...ak pn terpaksa la layan dia borak ngan dia, walaupun segan dia ckp sore kuat, sampai Izzat kata dgr cam dia tgh bebel ke aku, sbnarnyer tak pun....

sampai ttibe, dah nak sampai Niigata tuh, dia kata

"ichigo ichi tte shitteiru?"
aku geleng.
"後で調べてよ(笑)。。。今日はお前を会っていちこいちだよ(lebih kurg ayat dia, lupa lak huhu)"
ehk? ak still rasa pelik n kureng paham...
"ああ。。。出会えてよかったよ^^。お前と、もうこれからあえないかもな。。。俺ここだし、お前関西だから、まあ、がんばってくださいな(sambil senyum kat aku)"
ak agak 'tersentak', train tiba kat eki sblum eki Niigata...
"じゃ、俺、ここだから。。。"(sambil bangun nak kuar)
"あれ?新潟。。じゃなかった。。?",
"いや、ここです。じゃな、さよなら", sambil kuar dri densha, dan kat luar dia lambai2 ke aku....

hmm, awal2 tu dia sje nak tgk ak ni org cmne ke, time dia kata dia trun eki sama ngan ak, mintak ak kejut. lol. Pakcik tu sakenomi, tp dia x mabuk sgt maybe, skit ada la kot. Soredemo, terharu walaupun ktrg baru jumpa cmtu, dia hargai giler dpt jumpa ak (org cam ak ni?!) , rasa kewujudan dihargai oleh seseorang yg lain spt satu nikmat utk aku T^T (lol).....terima kasih pakcik, moga Allah memberi hidayah kepadamu suatu hari nanti :).

Then, ktrg sampai Niigata. Dan dgn ini habis la benda nak cerita kot, yg lepas2 ni tinggal perjalanan balik ke umah Musu :)

The End.

sayang korang ketat2~!! =P

Pics : 

Tohoku+Hokkaido Tabi(1) : Takao->Aomori->Hakodate 
Tohoku+Hokkaido Tabi(2) : Two days in Sapporo 
Tohoku+Hokkaido Tabi(3) : Sapporo->Niigata

dari Sengeh-sengeh (Izzat's) 
Tohoku-Hokkaido Trip Part 1 
Tohoku-Hokkaido Trip Part 2 
Tohoku-Hokkaido Trip Part 3


Wednesday, November 30, 2011

UNO-KEN

宇野研...Unoken...nama kenkyushitsu(labotary) aku sekarang. Lepas berhempas pulas nak memikir lab apa lah yang nak masuk, akhirnya aku masuk UnoLab...

Apa itu Unolab?


Lab yg dikelolai oleh seorang sensei yang bernama Uno Shigeyasu (宇野 重康). Despite being in photonics department, this laboratary is not doing any experiments about light or display alike at all. Rather, 'we' are doing things like nanoelectronics and biosensing. That said, it is not impossible that in the future, photonics-related research will also be done in this laboratory, kata Uno sensei. (0.o , ya rabbi, berkarat nyer BI ak, yabai!!)

Lab ini baru dibuka, so memang takde sorang pun lagi membernyer kecuali Uno sensei (of course)..dan selepas screening and all dalam proses pemilihan research lab baru2 ni, 6 orang (sahaja!) pelajar tahun ketiga yang jadi member unolab officially. Hmm, sbb baru nak gerak lab nih, nampaknyer mmg akan busy lah, nak2 lagi takde guidance dari 'senpai'(senior) macam lab2 biasa lain yang mmg dah wujud sekian lama kat rits nih.

Kenapa aku masuk UnoLab?

LOL! takde orang tanya punn~koya~....ehem...bila fikir balik dari JAD...bukan..dari sekolah rendah lagi, i always end up at the road not taken rather than the road i always chose...nak jadi chef lah, cikgu lah,businessman lah....naik sekolah menengah nak jadi arkitek lah, biologist lah....kekkyoku(in the end)...here i am, engineering department.....am studying to become an engineer(insyaAllah)..dan selepas aku beria kata nak buat research pasal display and all, akhirnya aku masuk lab yang buat research pasal nanotek and biosensing , LOL lagi sekali.

Well...bersebab jugak kenapa aku tetiba tukar lab ni kan, sebelum ni ak nak masuk OnoLab...ttibe tukar masuk UnoLab (note the difference of each's first alphabet). OnoLab mmg buat pasal display, laser lah, 3D,holografi and all, tapi tahun depan tahun last lab tuh, so siapa yang nak sambung master better xyah masuk lah kan, nanti kene tukar lab lah, jadi satu kerja lak....pastu bila pergi kengaku(lawatan sambil belajar?) ke Onolab bertanyakan pasal research dorg...hmm in near future, their research might not be something i can rely to survive as a student and finding a work...kata mereka, gakkai pun jarang ada, sebab research dorg mmg still di level researh...so mmg 10 nen hayai( awal sepuluh tahun) kot nak buat bende2 nih. walaupun menarik, agak susah nak 'cari makan' nanti kot. Sebab tu ak beralih arah ke Unolab yang buat research pasal nanotek and biosensing yang pada pengetahuan ak sekarang nih mmg dalam proses berkembang dan berkembang, not that bad, ak agak minat jugak.ngeee

So thats it! about how i ended up as an official UnoLab member now....sekarang sudah ada 'bilik' sendiri kat uni, sensei bagi guna lab tu bebile masa, nak tido pun boleh, wee~ excited....awal2 ni la kan, nnti dah start kadai happyou segala tu mula lah~ maa, sonotoki wa sonotoki des ne
toriaezu, bersyukur ke hadrat Illahi apa yang aku dapat sekarang and smile~! :D *wink2*

Coming up next : The Forgotten Promised Posts : Revealed (0.0")

Friday, September 2, 2011

TokyoTabi : Tokyo, the

25 Ogos 2011
Berlepas dari Minami Kusatsu pukul 23:20. First time naik bas. Berjalan kaki ke eki dengan beg yang berat amat, peluh..(sigh). Bersama-sama dengan tapau dan chong.

26 Ogos 2011
Tiba di Shinjuku Station dan secara rasminya aku dah sampai Tokyo! :p , tapi tanpa panduan kenalan tokyo di sisi agak terpinga-pinga di mana eki dan sbgnya. Tapi, dengan panduan bertulis (msg) kami meredah bumi Tokyo ni (cehh) untuk pergi ke destinasi pertama-rumah dayot dan Reefqi. Rehat dan tidur sekejap.

Then, aku dan chong pergi semula ke Shinjuku Eki (stesen), jumpa dengan izzat, musu dan hamdi utk pergi ke Odaiba. Tokyo Tabi hajimeru!

TokyoTabi1 : Odaiba <--klik untuk lebih gambar


rainbow bridge dalam gambar nih

Tempat yang cantik, pulau buatan manusia. Kitorang tak jalan banyak dekat sini, cuma melihat2 kawasan pantai buatan nih, ada Fuji TV building, ada replika statue of liberty.
Kitorang sempat masuk ke ninja trick art museum yang bertemakan jepun pada zaman2 dulu..hasilnya seperti~

cube teka sape punyer reflection~
haha, expresi musu yang perlbagai~

dan selepas tu, kami pun pulang( utk kes aku)/ pergi (utk kes mereka) ke rumah reefqi, sebab ada buka puasa ramai2 di sana~mmg sedap dan best hari pertama ku di tokyo huhu, selepas makan, aku pun bertolak utk tido di rumah musu

27 Ogos 2011
The next day, mereka merancang utk tengok hanabi di asakusa, so aku pun join lah. Tapi sampai2 sana, orang ya rabbi, lagi banyak dari kereta, atarimae na koto nan dakedo ne. Nak beratur kat konbini pun tersilap, ingt pendek je rupanyer kene pusing satu konbini nak cari orang last dalam barisan -_-"
Cuma, hanabi di asakusa ni zannen nagara, bukan sebab sudut pandangan kami pun, tp mmg agak kurang best sebab macam ulang2, maybe sebab yang 'hana wo sakaseru' tu company nyer lain2 , so tak mustahil utk company2 tu ada hanabi yang lebih kurg kan..saa~ ne
Tapi yang bestnyer picninc di tgh malam tu lepas hanabi! haha. ramai datang, jumpa raziz, jlo,fatin, nik,kinta,mar,heri dan ramai lagi la budak2 tokyo nih. Bila nak balik nampak pelbagai ragam orang mabuk, ada yg menangis, ada yg pengsan..lol, macam2
dan malam tu singgah rumah raziz tanpa membawa stok ape2 sampai berus gigi pun beli baru~ haha
gambar sila klik link ini dan video sebahagian hanabi pada malam tu sila klik sini~

28 Ogos 2011
Hari ni, teman Izzat yang nak jalan2 di Asakusa and beli omiyage di Kaminarimon, dan ak sendiri pun nak tgk jgak kan, smlm sampai dah malam and tgk hanabi je pun, hmm kat sini tak tangkap gambar lah~ haha
Tapi kat sini katanyer mmg tourist spot,sampai kebanyakan makcik2 kat kedai omiyage nih first thing mesti greet kitorang dengan English. Lagi best ada satu kedai jual kuih sebagai omiyage ni siap tahu yang kitorang hanya leh makan makanan yang takde 肉(daging) or お酒 (sake) and jugak! tahu pasal nyukazai(daizuirai) tuh!o.0 fuyooo, mmg dia tunjuk mane yg boleh mane yg tak boleh kat kedai nih. haih~ aku cuba mencari the infamous tokyo banana yang kot2 boleh makan, hari yg kawan ak bawak sbg omiyage dari tokyo tuh ada sake, tpi yg ak jumpa takde sake pun, nyukazai dia tak tulis la daizuirai...hmmm malas nak call time panas2 ari tuh hehe, lepas ni klau ada rezeki jumpa insyaAllah huhu.

Aku enryou suru dari beli omiyage, sebab nak guna duit utk jalan dulu kan. Bukan skit duit yg digunakan nih huhu, baru bape hari kat tokyo, macam2 tempat nak pegi and macam2 bende yg nak makan, uwaaa~~!!
So, selepas mereka2 habis membeli omiyage masing2 , ktrg balik...raziz ada nak cari barang lagi, ak nak pergi amik barang kat rumah Reefqi ngan musu di Kotake-Mukaihara, Izzat pun terus balik ke Hazama (rumah musu) utk bersiap.

Singgah rumah reefqi tidur jap (lol penat!, dah la dorg bentang futon and tido lagi time tuh, ak tido atas meja dayot je T-T -cam kat kelas) and lepas solat zohor, balik rumah musu~ dan pada malam itu, Izzat pun balik ke Malaysia

29 Ogos 2011
Around Tokyo in one day~ <--klik utk gambar
Hari seterusnya, ak ajak kawan ak , Kawano utk bawa aku jalan sekitar Tokyo, mana la tau kot sebagai orang nihonjin yang menetap di Tokyo dia tau memane yang best yg budak2 JAD ni tak pernah tau lagi ke huhu
Tapi ak lambat bangun, nak jumpa kol 10 kat Shinjuku (sejam kot dari rumah Musu!), tapi bangun kol 9:36! yabai~~~terpaksa msg kata aku lambat T-T, dan kekkyoku sampai sana pukul 11 lebih! sebab ak sakit perut (kacau tol perut time2 camnih -_-)

So, dah sampai and minta maaf segala (ceh) , dia ingt nak bawak g Asakusa, tapi ak kata baru pergi kot semalam haha, sebab time msg tak sebut bawak ke mana, just tempat omoshiroi je, so dia pun terpinga2 jap , then di bawak ak dan Hazmi yang teman ak time tuh ke destinasi pertama hari tuh
Tokyo Metropolitan Government Building @ Tocho 
 model bangunan Tocho
Bangunan pejabat sebenarnyer, tapi tingkat 45 dibuka utk orang ramai tgk2 for free! cuma time masuk ada jaga cek beg haha, tak tau dia cek ape

Leh nampak sampai Hachioji! mochiron, kecik2 je la kan, kalau leh nampak Musu kat rumah tengah lambai2 dari Hazama tu melampau la pulak huhu. Mmg besar tokyo nih. Bangunan darake! Yang omoshiroi, ada satu bukit jauh di hujung sana tu namanyer 'Kasayama'...huhu address-ku di Shiga~
next!

Tokyo Eki (Station)
Time aku pergi macam ada renovation. Tapi tujuan Kawano bawak kitorang pergi sini sbb dia tahu aku suka One Piece and nak tau tak? Tokyo Eki ni ada kedai2 cam Fuji TV, Asahi TV (ke?), Dontori garden(Ghibli~), K-pop, Rilakkuma dan macam2 lagi kedai2 broadcasting company etc kat jepun nih yang jual macam2 barang2 ala2 omiyage~ best~
Nak dijadikan cerita, time aku tgh belek2 Totoro punya patung tuh, ttibe kedai tuh teiden, ehk?, ingat satu bangunan, rupanyer kedai tu je, tgh buat ape ntah~ then dan2 ak dah habis belek2 so keluar la~
Kekkyoku tak beli pape, sebab still nak save duit~T-T, klau terbeli pun barang yg aku suka, so omiyage saigo ni shiyou ka.

Tokyo Sky Tree
Hmm, next ktrg dibawa pergi melihat depan2 Tokyo Sky Tree kat Asakusa, actually time datang utk Hanabi and beli barang kat Kaminarimon tu nampak je dari jauh, tpi kali ni mmg pergi btol ke tapak dia. Sebab still under construction, maybe tahun depan kot siap, ktrg cuma leh tgk dari bawah, kawasan sekeliling dia kedai2 biasa je, ttibe haa kau, ada satu menara tinggiiii dua kali ganda dari Tokyo Tower and even lagi tinggi dari Petronas Twin Tower!! Mmg tinggi. Klau dah siap, nak try naik la~

Ueno Park (National Museum)
Actually mula2 tak tau nak pergi mana dah time kat Tokyo Sky Tree, then Akihabara je lah, takde pape pun, tp sbb tak pernah pergi and takde idea nak pergi mane, pergi je la utk cop jejak2 kakiku di Tokyo~. Hazmi nak balik ke Hachioji cari kasut, so tinggal la ak dan Kawano. Kitorang naik bas dari Sky Tree tadi sampai sana. Then tgh jalan2 ke arah Akiba, ttibe nampak poster gantung tepi2 nih...

The Dinosaur Expo

hmmm , cam menarik, ak pun kata, nnti nak pergi lah kat Kawano, pastu dia kata lepas Akiba kita g lah, then tgk masa, bukak sampai kol  5 je~, so kawarini, pergi la Ueno Park utk tgk Dino Expo nih di national museum. Ueno park ni agak besar, macam2 ada, kat sini lah jugak terletaknya Ueno Zoo. Tapi tak sempat lak nak g sumer, so lain kali la~
Masuk expo tu 1500yen sorg o.0, tapi agak puas hati, first time (seingat ak, ntah2 pernah time kcik dlu haha) tgk fosil sebenar depan mata, mmg best! Dan expo kali ni walaupun dalam bahasa jepun ak ganbaru skit baca yg mana sempat huhu, nasib bek tak ramai org, kat expo nih dia tunjuk banyak mende baru, fosil yang baru dijumpai and maklumat terbaru pasal sesuatu dinosaur. Ye la, manusia jumpa fosil je, rupa dinosaur, behaviour dia sumernyer teori je.
contohnyer fosil nih, kat jepun first time tunjuk. Kepala mmg macam monyet tapi badan cam burung, first time tgk(cam la selalu tgk dinosaur kan~), ingt pokemon je campur2 camtu kan huhu.

yang ni pulak bukan kepala betol dia awet yer~ dia buat semula. Dinosaur ni ada bercanggah pendapat, maybe bukan species dino lain, tapi adalah tyrannosaurus rex ketika muda sebab bntuknyer yang hampir menyamai~

Di akhirnya, dia tayang video yg amat pendek (5 min) pasal dinosaur nih, skit je pun dan tak best. Best lg video dinosaur expo yg ak tgk kat Malaysia time kecik dlu, first time 3D~huhu.
Selepas itu, aku dan Kawano pun balik la~, bagi dia kuih yg mak hantar dari Malaysia aritu skit, then ak bergegas balik ke Hazama utk bukak puasa~ last2 buka tgh jalan gak haha.

Overall hari ni mmg best! Thnx la Kawano sbb bawak ak merata2 huhu.

Then malam tu, ada makan2 jamuan ngan dai2senpai Taku yg semua ak tak kenal kat rumah Dora, so Musu ajak ak buat donut double choc tu hehe. Makan malam tu sedapnyer nasi beriani dia~~ yum yum, ada laksa sarawak lagi, mee sup lagi...so kitorang tgu penguguman puasa(daisenpai siap bwk tv pastu sambung ape ntah leh tgk tv3! haha) and then makan! Kenyang, balik, tido~ end of this day =)

*************************************************************
fuh, post ni macam dah agak panjang, so utk hari2 yg seterusnya  aku post di post yang lain yer~, selagi daya aku cuba buat satu post tiap kali habis jalan, tapi...hehe. And btw, ak dah boleh amik gambar dari kamera, lupa klau takde kabel leh cocok je memory card, cet. So dah upload ke FB, klik la link2 yg aku bagi yer kalau nak tgk~ huhu

Nak dijadikan cerita, ntah kenapa lepas dtg tokyo nih macam2 sakit (ringan2 je~) ak dpt, malam kat rumah Raziz pening, dari time picnic dah, tpi sbb ingt sekejap je and maybe sebab asyik gelak kan, tp sampai rumah raziz borak2 makin menekan la pulak~ and bila rasa dedor dah punn (panas suam2 kuku sblum demam, loghat pahang? ke sumer tahu? lol), tp lepas makan panadol, solat subuh and tido, alhamdulillah~ baik semula.

pastu hari sblum g cosmoworld, tekak lak buat hal kan, sakit giler, ngan selsema and panas yg rasa kat bhg tgh hidung and mata tuh. makan berbiji2 ubat tekak (pahit! ubat tekak yg ak jumpa~) , sampai Hazmi Musu and Hamdi pun start bersin2 and 'serot2'(bunyi hingus) , haaa berjangkit dari aku??! suman m(_ _)m ,
tapi alhamdulillah baik jugak sblum g cosmoworld tuh, klau tak , mmg tak terjerit la aku~huhu

hari ni gusi lak buat hal, cet, sakittt, still sakit. sampai Musu kata, ko ni dtg sini satu hari satu sakit je, lepas nih sumer sakit ko dapat...tuberculosis..bla bla bla...0.o....erkk...Musu...jangan la~lol . cuaca kot?maa, saje je nak buat cerita huhu.

Sorejya. mata ne. Salam.

Saturday, August 27, 2011

Bye-bye Shiga, hello Tokyo~

Assalamualaikum

Sedar tak sedar ramadhan dah nak habis. Kejap betul rasanyer , serius, tapi Alhamdulillah walaupun puasa kali ni jatuh masa natsu panas2 nih, sekurang2nya, cuti , boleh duduk rumah, kalau bukan natsu sekalipun tapi puasa time kelas tuh, rasanyer cabarannyer tinggi jugak kan kan

Apa2pun, seperti yang dah ditulis dalam post sebelum nih, nak cerita bende yang buat sepanjang cuti ni kan huhu. Teruknyer perangai, konon cam nak update satu2, tapi last2 malas lak haha. sumimasen deshita m(_ _)m

Time cuti ni mmg ramai yg datang ziarah kitorang kat shiga nih. Terima kasih semua, insyaAllah aku ziarah korg lak lepas nih yer huhu. Tapi bila dorg semua balik, tinggal ak and encik tapau je....pergh...shiiiinnnn....sunyi nyer rasa. bila encik tapau yg berkerjaya tu pergi baito lagi lah, mundar mandir sorg2 kat dalam rumah je keje haha

ANYWAY, antara event yang ktrg pergi...

Biwako Hanabi Taikai 2011, Otsu, Shiga

haa, ni antara event besar yg first kot, lepas habis exam je kan kimochi bak bunga2 api~, fireworkkkkk
mmg best dan mantap laa hanabi kat sini, ni hanabi first kan, so x tau tempat lain kat nihon ni cmne, dgr kata kat Nagaoka tu paling best, saaa ne huhu.

Aku dan daniel dah cop tempat dari pukul 12 lebih kot lol, ye la datang kol 9 ingt nak tengok bentuk muka bumi camne dan x sangka lak, pukul 9 tu (YES FOLK, 9;00 AM- hanabi tu 19:30 kot) dah banyak dah canvas dibentang, dorg cop tempat, ktrg pun ape lagi, patah balik, pegi semula situ bwk canvas COP! siap tulis J.A.D guna cellotape huhu. Tapi kepenatan menunggu tgh panas tuh terubat dgn hanabi yg sgt awe-inspiring, lol over! :p

Nak tgk gambar leh tgk di sini atau di sini dan di sini. Maybe gambar tak banyak sgt kot kamera sendiri sbb dok rakam memanjang, tapi dah rakam video bnyk lak nak upload lol, so ak just upload bhg FINALE je kat youtube yer, sila klik sini n enjoy! (abaikan suara yg saya rasa dak2 jad mmg kenal kot siapa lol)

NEXT! ktrg pegi
Kaiyukan Aquarium Osaka + USJ

pegi ramai2 mmg best haha,izzat, musu,ikhwan, arif, rahman, nunu, mirzad, reefqi...tambah amira arini fizah sumer (sape lg yerk, klau lupa gomen~tgh nak cepat ni lol) tgk2 la ikan kat situ, 2000yen sekali masuk~0.o. Klau tak ramai org rasa lagi best kot tgk, ni kene rebut2 lak nak tgk depan cermin kan
Nak gambar, antaranya sila tgk di sini

Lepas kaiyukan, ktrg pegi USJ, penat nyer berbaris nak naik ride, ariff n the gang dah bertolak ke nagoya, tinggal la ak, izzat, ikhwan ngan musu. Smpi malam daniel dtg, kitrg tgk pertunjukan One Piece ramai2 haha, mantap giler ada meletup2 sumer. Katanyer tiap2 kali x sama jalan cerita, tapi nak masuk banyak kali jawabnyer kosong dompet kan.

Actually banyak jugak bende seronok enjoy ramai2 bila kawan2 sumer datang kan, macam main kinect (joget ramai2 kat rumah haha) and main masak2 buit kuih lah. lol.
Nak keluar panas, penat sumer, duit pun satu hal, so dok rumah tu, nak bagi tetamu VIP ktrg En.Musu ni ada bende sikit nak spend time supaya tak rindu laptop dia (?) , buat lah kuih haha

First try murtabak, guna paratha je wrap dia, then try karipap first half terlebih masin cam nak kene darah tinggi dohnyer, nasib baik batch ke2 doh dpt improve skit, then buat donut yg bulat kalau ikut resepi yang ktrg rujuk tu 'Donut double choc' dia panggil, inti dah coklat(milo) luar salut coklat, pastu topping dia ktrg tambah lagi macam2 jenis manik bagai haha, next try buat onde-onde jugak, kira last la kot kan, dan2 pulak kuih yang mak beli kat Malaysia and post ke sini sampai, wee~, musu sumer pun nak balik dah. Jadi jugak kot onde-onde tuh ahaks :p, sedap lak ak makan, takde la manis sgt kan (yg best baru tau gula melaka ada gak kat Jepun! 黒砂糖(gula hitam?) nama dia -- ii mono hakken shita :D )
gambar2 sila la klik sini yer.



Last sekali buat onde-onde, then malam tuh, musu, hamdi, izzat sekali ngan yazid gerak ke tokyo, tinggal la ak dengan tapau kat rumah, budak perempuan ada lagi actually, sarina,mira, aya kat bawah, tapi bila dorg gerak tokyo tuh , tapau pun tgh baito, tetibe je sorg2 kat rumah setelah 2 minggu lebih kurg penuh ngan orang....shiiiinnnnnnnn, sunyi nyer...sedih rasa haha.:p

Tapi kejap je, 25 malam, bertolak ke Tokyo, yeay! So siang tuh, puas la mengemas rumah, isi kuih raya nak tapau bawak ke tokyo sambil dengar lagu raya haha. Post ni pun mula ditulis sebelum keluar rumah nak gerak ke tokyo, tapi habis tulisnya di tokyo -_-"

Haaa, tokyo, jeng jeng jeng~. Nak update banyak hasratnyer, laptop dah bawak sumer, tapi cable kamera tertinggal la pulak, cet. So takleh la nak tunjuk gambar2 banyak2 terus kan, insyaAllah klau ad satu dua tngkp guna iphone je, aku cuba la update blog semenarik mungkin -_-

Sorejya, mata ne! :D

Saturday, August 6, 2011

Summer vacation!!

Assalamulaikum sumer. sihat?huhu

Exam dah habis. Tapi macam biasa lah, rasa tak senang tu ambil masa sikit nak hilang. Aku mesti macam tu, nak risau ke sana sini, tapi benda yang dah lepas, aku dah tak boleh nak ubah, tinggal tawakal je, dan kelemahan , kegagalan diri aku untuk berusaha dengan lebih tu adalah hakikat. Aku patut faham, daripada aku duduk kata "macam mane ni macam mane ni..", aku patut berazam untuk jadi lebih KUAT!! kan? tapi biasalah kata2 ni sangat mudah dilafazkan tapi nak diterjemah ke amalan...hmmmm. Tapi apa2 pun, ak syukur ada orang sanggup nak dengar rintihan aku. sanggup listen and cheer me up. Selain mak ayah, kawan2 pun huhu. Aku tertarik pulak dengan satu email yang aku dapat nih.


You can't turn on a country music station without hearing a song about someone down on their luck. But what about those around you? Think about how much it means to you to receive a note in the mail from a caring friend when you're going through a hard time. Use those warm feelings to compel you to spread the love to others. We all need such encouragement and often we forget that it's okay not to be the pillar of strength when life has us by the tail. Throw your arms around someone today who might need a good squeeze, send a card to a co-worker who needs cheering up, or bake a special treat for your ill child. Friends are precious, not just in the sunshine of life, but especially in the shade.
 So, selepas dah lepas semuanya, ak pun lihat kalendar. Sekarang ramadhan, alhamdulillah. Macam2 azam ada nih , huhu, tapi tiap2 tahun, ada je alasan tak dapat nak selesaikan, demo ganbarimasssuu~

Pastu, cuti sebulan lebih...report,shukudai sumerrr tak ada, TAPI duit...duit oh duit, hajat nak jalan merata2 sampai ke Sapporo. Tapi, tu lah, nak jalan pun, kene tgk dompet dulu kan, so nak taknak kenelah plan betul2, nafsu nak jalan merata2 tu kene lah kawal~ tak sempat kali ni, kita jalan lain kali pulak insyaAllah

Setakat nih , nak pergi tgk hanabi kat biwako ramai2, g USJ (ada one piece! yeay) , tgk orchestra lah, ....hmm kalau jadi ntah2 g yamanashi pulak nek roller coaster berbagai.heh heh heh dan yg pastinya, akan pergi macam2 tempat kat tokyo tu nnti!!! (rasanyer dlm sejarah JAD batch ktrg la kan, budak2 kansai yg kalau x pergi sendiri lagi, tak pernah jejak kaki ke hachioji,...or worse Tokyo!...cam aku! lol)

So tu boleh kata klimaks la tuh, Tokyo! budak2 tokyo yang tak balik Malaysia, yoroshiku ne~terima lah ak dgn tangan yg luas terbuka yerr~ haha

dan insyaAllah, akan aku cerita sebanyak mungkin pasal aktiviti2 cuti summer ni, so stay tuned! (ceh, syak sendiri, eh, syok sendiri!)

dan tak lupa, selamat menjalankan ibadah puasa dalam erti kata yang sebenarnyer semua :)